Saturday, May 12, 2012

bayam rebus tauhu telur


cepat dan mudah disediakan...yang penting cedappp!! (anak2 ske,abgsyg ske...sy lg ler skerr)


bahan-bahan :
2 peket tauhu telur/jepun (potong 4)-digoreng terlebih dahulu dan letak atas kertas tisu serap minyak
3 biji bawang merah-tumbuk@hiris halus
2 ulas bawang putih-ketuk
1 ikat bayam-ambil daun dan batangnya yang lembut sahaja(nak amik akar pun takde sape nak marah k)
air secukupnya
kiub ikan bilis@sedap knorr@cukup rasa maggi@garam jer secukup rasa




cara penyediaan :

  1. mula-mula campak jer eeh silap...masukkan bawang putih,bawang merah dan air ke dalam periuk...didihkan.
  2. kemudian masukkan  kiub ikan bilis@sedap knorr@cukup rasa maggi@garam jer secukup rasa ke dalamnya....
  3. lepas tu masukkan ler sayur bayam dan kacau-kacau biar rata....dalam 2 3 minit.
  4. kemudian tutup api dan masukkan tauhu telur yang telah digoreng terlebih dahulu ke dalamnya.
  5. akhir sekali angkat dan boleh dihidang dengan nasi putih dan lauk sampingan ataupun ratah camtu jer (bagi yg nk berdiet ler konon2nya)


No comments:

Post a Comment