Saturday, May 12, 2012

sup sawi + tauhu telur + geguli ketam




resepi ni lebih kurang sama jer dengan resipi sebelum ni....cepat dan mudah disediakan...yang penting cedappp!! cedapp sedunia!!


bahan-bahan :
2 peket tauhu telur/jepun (potong 4)-digoreng terlebih dahulu dan letak atas kertas tisu serap minyak
3 biji bawang merah-tumbuk@hiris halus
2 ulas bawang putih-ketuk
1 cawan geguli ketam(kecik come2 jer besar kuku )
1 ikat sawi-ambil daun dan batangnya yang lembut sahaja
air secukupnya
kiub ikan bilis@sedap knorr@cukup rasa maggi@garam jer secukup rasa




cara penyediaan :


  1. mula-mula masukkan bawang putih,bawang merah,geguli ketam dan air ke dalam periuk...didihkan.
  2. kemudian masukkan  kiub ikan bilis@sedap knorr@cukup rasa maggi@garam jer secukup rasa ke dalamnya....
  3. lepas tu masukkan ler sayur sawi dan kacau-kacau biar rata....dalam 2 3 minit.
  4. kemudian tutup api dan masukkan tauhu telur yang telah digoreng terlebih dahulu ke dalamnya.
  5. akhir sekali angkat dan boleh dihidang dengan nasi putih dan lauk sampingan ataupun ratah camtu jer (bagi yg nk berdiet ler konon2nya)

No comments:

Post a Comment