Saturday, May 12, 2012

sup sawi + tauhu telur + geguli ketam




resepi ni lebih kurang sama jer dengan resipi sebelum ni....cepat dan mudah disediakan...yang penting cedappp!! cedapp sedunia!!


bahan-bahan :
2 peket tauhu telur/jepun (potong 4)-digoreng terlebih dahulu dan letak atas kertas tisu serap minyak
3 biji bawang merah-tumbuk@hiris halus
2 ulas bawang putih-ketuk
1 cawan geguli ketam(kecik come2 jer besar kuku )
1 ikat sawi-ambil daun dan batangnya yang lembut sahaja
air secukupnya
kiub ikan bilis@sedap knorr@cukup rasa maggi@garam jer secukup rasa




cara penyediaan :


  1. mula-mula masukkan bawang putih,bawang merah,geguli ketam dan air ke dalam periuk...didihkan.
  2. kemudian masukkan  kiub ikan bilis@sedap knorr@cukup rasa maggi@garam jer secukup rasa ke dalamnya....
  3. lepas tu masukkan ler sayur sawi dan kacau-kacau biar rata....dalam 2 3 minit.
  4. kemudian tutup api dan masukkan tauhu telur yang telah digoreng terlebih dahulu ke dalamnya.
  5. akhir sekali angkat dan boleh dihidang dengan nasi putih dan lauk sampingan ataupun ratah camtu jer (bagi yg nk berdiet ler konon2nya)

bayam rebus tauhu telur


cepat dan mudah disediakan...yang penting cedappp!! (anak2 ske,abgsyg ske...sy lg ler skerr)


bahan-bahan :
2 peket tauhu telur/jepun (potong 4)-digoreng terlebih dahulu dan letak atas kertas tisu serap minyak
3 biji bawang merah-tumbuk@hiris halus
2 ulas bawang putih-ketuk
1 ikat bayam-ambil daun dan batangnya yang lembut sahaja(nak amik akar pun takde sape nak marah k)
air secukupnya
kiub ikan bilis@sedap knorr@cukup rasa maggi@garam jer secukup rasa




cara penyediaan :

  1. mula-mula campak jer eeh silap...masukkan bawang putih,bawang merah dan air ke dalam periuk...didihkan.
  2. kemudian masukkan  kiub ikan bilis@sedap knorr@cukup rasa maggi@garam jer secukup rasa ke dalamnya....
  3. lepas tu masukkan ler sayur bayam dan kacau-kacau biar rata....dalam 2 3 minit.
  4. kemudian tutup api dan masukkan tauhu telur yang telah digoreng terlebih dahulu ke dalamnya.
  5. akhir sekali angkat dan boleh dihidang dengan nasi putih dan lauk sampingan ataupun ratah camtu jer (bagi yg nk berdiet ler konon2nya)


doa untuk anak-anak

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

SURAH AL-IMRAN AYAT 200


 
"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


DOA AGAR ANAK2 MENGERJAKAN SOLAT
SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40
رَبِّ اجْعَلْنِى مُقِيمَ الصَّلوةِ وَمِن ذُرِّيَتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ
“O my Lord! Make me one who performs Salah, and (also) from my offspring, our Lord! And accept my invocation.”
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@





DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK2 YG NAKAL
SURAH TAHA AYAT 1-6
طه
1. Ta Ha
مَآ أَنَزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْءَانَ لِتَشْقَى
2. We have not sent down the Qur’an unto you to cause you distress,
إِلاَّ تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى
3. But only as a Reminder to those who fear (Allah)
تَنزِيلاً مِّمَّنْ خَلَق الاٌّرْضَ وَالسَّمَـوَتِ الْعُلَى
4. A revelation from Him Who created the earth and high heavens
الرَّحْمَـنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
5. The Most Gracious Istawa the Throne
لَهُ مَا فِي السَّمَـوَتِ وَمَا فِي الاٌّرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَى
6. To Him belongs all that is in the heavens and all that is on the earth, and all that is between them, and all that is under the soil


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

tatacara seharian


Tatacara makan & minum :
Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki. 
Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya. 
Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%. 
Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sbb, bagi yg tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam) 


Tatacara di bilik air : 
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karang Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar 


Tatacara didik anak : 
Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently. 
Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant. 


Tatacara didik diri sendiri : 
Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari,continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati. 
Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve ~ emosi2 ni akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc 


Ada 3 kategori manusia :- 

BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam 

TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam 

CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam 

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"


waktu yang tidak digalakkan bersetubuh


pesanan Nabi Muhammad saw kepada Saidina Ali
  1.  "Wahai Ali..! janganlah engkau berjima' dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya."
  2. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu selepas zuhor,sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima' pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling."
  3. "Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima', sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima' yang demikian, maka anak itu  tidak selamat daripada bisu."
  4.  "Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima', (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta ->iaitu anak." 
  5. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina ." 
  6.  "Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua."
  7.  "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala."
  8.  "Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak."
  9.   "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat."  
  10. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu pada malam 'AidilFitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan t ida k mendapat anak baginya kecuali sudah tua." 
  11.  "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat."  
  12. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung - direct) dan terkena warna (cahayanya),kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika t ida k maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati." 
  13. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis," 
  14. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima' pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah." 
  15. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu', jika t ida k maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan." 
  16.  "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya'ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya."  
  17. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta." 
  18. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat keb ina saan kepada manusia."  
  19. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas."  
  20. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allahs.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang t ida k Haq," dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : "Innal Mubazziri ina kaanu - ikhwan Nas - Syayathin."  
  21. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim." 
  22. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.

nak kekal bahagia selepas kahwin.........



  1.  Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
  2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah,
    tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
  3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan
    sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang
    dilakukan.
  4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati
    sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum
    tidur.
  5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana
    pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
  6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari
    kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan
    meluahkan perasaan.
  7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga
    hinggalah politik semasa sebelum tidur.
  8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar
    berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
  9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau
    sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada
    disisi.
  10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau
    usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk
    mengeratkan kasih sayang.
  11. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau
    usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk
    mengeratkan kasih sayang.
  12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan
    atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
  13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk
    peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja
    yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
  14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang
    kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
  15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri
    melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
  16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk
    mengelakkan pasangan merasa jemu.
  17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang
    bersama untuk menyelesaikannya.
    Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalamrumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

tenanglah wahai hati

Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak. Tapi.. kenapa hati kita tak gembira? Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita minta sungguh-sungguh pada Allah. Tapi.. kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita? 
Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa 



melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan? 

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah minta ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih.. minta Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?