Saturday, May 12, 2012

nak kekal bahagia selepas kahwin.........



  1.  Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
  2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah,
    tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
  3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan
    sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang
    dilakukan.
  4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati
    sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum
    tidur.
  5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana
    pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
  6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari
    kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan
    meluahkan perasaan.
  7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga
    hinggalah politik semasa sebelum tidur.
  8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar
    berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
  9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau
    sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada
    disisi.
  10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau
    usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk
    mengeratkan kasih sayang.
  11. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau
    usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk
    mengeratkan kasih sayang.
  12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan
    atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
  13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk
    peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja
    yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
  14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang
    kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
  15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri
    melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
  16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk
    mengelakkan pasangan merasa jemu.
  17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang
    bersama untuk menyelesaikannya.
    Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalamrumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

No comments:

Post a Comment