@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Diriwayatkan
daripada Abdullah bin Umar r.a, sesungguhnya Rasulullah
s.a.w bersabda:
"Apabila
salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan
tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan
tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan menggunakan
tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya." (Hadis
riwayat Imam Muslim).
Kesimpulan Hadis:
1-
Makruh makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri kerana ianya adalah di
antara adat-adat syaitan dan sesiapa yang melakukan sedemikian, bererti dia
menyerupai syaitan.
2-
Sunat mengutamakan anggota sebelah kanan di dalam semua perkara sehinggalah
di dalam persoalan memakai kasut dan keluar dari rumah.
3-
Ancaman dari melakukan perkara yang jelas disebut di dalam hadis sebagai
perbuatan syaitan.
|


No comments:
Post a Comment